KELESTARIAN AKTIVITI KITAR SEMULA UNTUK KESEJAHTERAAN UMMAH DARIPADA KACAMATA PIHAK BERKUASA TEMPATAN YANG TERPILIH DI NEGERI KEDAH, MALAYSIA

Authors

  • Wahida Ayob

Abstract

Setiap individu berhak untuk hidup dalam persekitaran yang bersih, segar dan harmoni. Namun begitu, krisis alam sekitar yang melanda dunia ketika ini amat berkait rapat dengan etika, sikap dan tingkahlaku manusia. Manusia adalah merupakan khalifah yang perlu memainkan peranan penting bagi mengurus, menjaga dan bertanggungjawab penuh terhadap alam ini. Malaysia juga mempunyai isu alam sekitar yang pelbagai. Negeri Kedah tidak terkecuali daripada menghadapi situasi pencemaran ini dimana salah satu masalah persekitaran yang utama ialah berkaitan dengan pencemaran sisa pepejal. Limpahan sisa pepejal setiap hari makin menyukarkan usaha mengawalnya tambahan pula tapak pelupusan sampah yang sedia ada tidak mampu untuk menampung jumlah sisa pepejal yang semakin meningkat. Kitar semula diperkenalkan oleh kerajaan untuk menangani masalah peningkatan penjanaan sisa pepejal yang memberi tekanan terhadap jangka hayat tapak pelupusan. Kejayaan pelaksanaan kitar semula amat bergantung kepada sikap positif orang ramai untuk melakukannya memandangkan lebih 50 % sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan adalah datang dari kawasan perumahan. Sikap orang ramai amat ditagih untuk menjalankan kitar semula bagi membantu mengurangkan pembuangan sisa pepejal tersebut. Pengurusan aktiviti kitar semula lestari ini juga sangat bergantung kepada kebolehan dan kebijaksanaan pentadbir/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mencorakkannya. Di sini suatu urustadbir yang lebih dinamik perlu bagi membolehkan semua pihak yang berkepentingan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Perbadanan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan Environment Idaman dapat memberikan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai kepentingan pelaksanaan dan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kitar semula bagi mencapai kesejahteraan kehidupan ummah serta peranan PBT agar aktiviti kitar semula dapat mencapai sasaran peratusan sepertimana yang diharapkan melalui kitar semula secara lestari.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

Wahida Ayob. (2023). KELESTARIAN AKTIVITI KITAR SEMULA UNTUK KESEJAHTERAAN UMMAH DARIPADA KACAMATA PIHAK BERKUASA TEMPATAN YANG TERPILIH DI NEGERI KEDAH, MALAYSIA. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8(59). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1846