PUITIKA IDEA DAN BAHASA LIRIK LAGU PATRIOTIK SERLAH PATRIOTISME WARGA MALAYSIA

Authors

  • Phat Awang Deng
  • Melor Fauzita Md Yusoff
  • Maizatul Azura Yahya

Abstract

Sesebuah karya kreatif yang tahan diuji zaman sememangnya mempunyai keindahan idea dan bahasa yang tersendiri. Kemampuan penulis atau penyair memilih diksi yang berkesan, sesuai dengan makna (sama ada idea, tema, persoalan atau pemikiran) yang tersurat atau tersirat dalam karya, juga perlu selari dengan kemampuan khalayak ‘membaca’ atau mentafsir makna sesebuah karya itu. Hal ini kerana keperluan diri, nilai atau sistem dalam masyarakat sering berubah, dan pelbagai elemen diperlukan agar sesebuah lagu itu terus diminati. Oleh itu, karya popular yang memenangi anugerah atau sesuatu sayembara tidak semestinya bertahan ketika diuji perubahan dalam masyarakat. Dengan demikian, makalah ini bertujuan mengenal pasti keindahan idea dan bahasa lirik lagu patriotik Melayu, dan menjelaskan bahawa idea (makna tersirat dan tersurat) dan bahasa itu saling berkaitan untuk menyemarak nilai patriotisme seawal usia remaja. Kajian kualitatif dengan kaedah analisis kandungan digunakan untuk merungkai hal berkaitan dalam lirik lagu patriotik berlandaskan kerangka Puitika Sastera Melayu. Dalam perincian tentang “yang indah-indah sastera Melayu”, kerangka atau pendekatan ini menjalurkan beberapa elemen penilaian penting untuk khalayak mengukur serta memberi nilai kepada kedudukan sesebuah karya, misalnya melalui ‘tafsiran dan medan makna’, ‘dunia luas yang dipadatkan’, ‘mainan kiasan dan saranan’, ‘dunia berjodoh’, ‘sama ukuran’, muzik seiring kata’, dan ‘sesuai dan patut.’ Walau bagaimanapun, ruangan terbatas ini hanya menghadkan perbincangan tiga elemen sahaja, iaitu tafsiran dan medan makna, dunia luas dipadatkan, dan dunia berjodoh. Dapatan kajian menunjukkan lirik lagu patriotik yang ringkas sarat dengan keindahan idea dan bahasa yang sesuai dengan makna yang diserlahkan itu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

Phat Awang Deng, Melor Fauzita Md Yusoff, & Maizatul Azura Yahya. (2023). PUITIKA IDEA DAN BAHASA LIRIK LAGU PATRIOTIK SERLAH PATRIOTISME WARGA MALAYSIA. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8(59). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1845