PENGURUSAN PELARIAN DI SABAH DARI PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH: SATU CADANGAN PENYELIDIKAN

Authors

  • Siti Fatimah Az-Zahraa M. Rasid Rida
  • Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin
  • Syamsul Azizul Marinsah
  • Nur Ain Hasrianah Jemit@Hasrie

Abstract

Isu pelarian Filipina di Sabah merupakan isu yang sering menjadi polemik dalam kalangan pemimpin dan masyarakat tempatan di Sabah. Sistem pengurusan pelarian yang berkaitan dengan hak-hak asasi manusia adalah antara isu yang hangat dibincangkan. Hal ini kerana telah menjadi tanggungjawab sosial kerajaan untuk memberikan keperluan asas dan perlindungan kepada mereka apabila pihak kerajaan telah menerima kemasukan mereka meskipun hanya atas dasar perikemanusiaan. Terdapat banyak kajian yang membahaskan pengurusan pelarian di Sabah dari aspek sosial dan ekonomi secara khusus yang merangkumi pengurusan kesihatan, pendidikan, peluang pekerjaan dan sebagainya. Bagaimanapun, kurangnya kajian yang melihat pengurusan pelarian secara menyeluruh dari sisi pandang agama. Oleh itu, kertas kerja ini ingin mencadangkan sebuah kajian dilaksanakan mengenai pengurusan pelarian di Sabah yang majoritinya beragama Islam dari perspektif Maqasid Syariah. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan, temu bual dan pemerhatian. Lokasi kajian dijalankan di lima buah Skim Penempatan Masyarakat Pelarian yang telah digazetkan di Sabah bertempat di daerah Papar, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Semporna. Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Hasil dapatan kajian menjangkakan akan menghasilkan satu panduan kadar minima dan kadar maksimum dalam menjaga keperluan utama (ad-dharuriyyah) manusia sejajar di bawah kerangka konsep dalam Maqasid Syariah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan/maruah dan harta. Kajian ini diharapkan dapat menjadi salah satu rujukan kepada pihak berautoriti untuk melakukan penambahbaikan dalam sistem pengurusan pelarian di Malaysia umumnya dan Sabah khususnya agar hak-hak asasi golongan tersebut dibela.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

Siti Fatimah Az-Zahraa M. Rasid Rida, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Syamsul Azizul Marinsah, & Nur Ain Hasrianah Jemit@Hasrie. (2023). PENGURUSAN PELARIAN DI SABAH DARI PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH: SATU CADANGAN PENYELIDIKAN. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8(59). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1842