MEDIA ELEKTRONIK DI DALAM KEHIDUPAN DAN PEMBANGUNAN INSANIAH KANAK-KANAK

Authors

  • M.H. Norhidayah
  • R. Nursabila
  • Shahnun Binti Haji Musa

Abstract

Kertas ini membincangkan tentang kesan dan pengaruh media terhadap kehidupan dan pembangunan insaniah kanak-kanak. Selaras dengan kehidupan di dalam era globalisasi dan perkembangan pesat teknologi, pendidikan yang dilaksanakan kepada kanak-kanak juga perlu perhatian khusus untuk membina generasi berpengetahuan dan bersahsiah mapan. Tumpuan penulisan kajian terhadap peranan dan potensi pelbagai media dalam menghasilkan pendidikan berkesan dan berkualiti untuk membangunkan fungsi dan insaniah kanak-kanak. Kajian ini berbentuk kajian kepustakaan, kajian komparatif, dan analisis historikal. Jurnal ilmiah, laporan kajian serta tesis yang berkaitan merupakan sumber utama kajian ini. Perbincangan juga berdasarkan beberapa ayat-ayat al-Quran yang berkaitan. Perlaksanaan media secara bertanggungjawab dan interaksi positif media mampu membina perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu untuk membangunkan pemahaman dan perlaksanaan fungsi kemanusiaan hidup secara harmoni dan sejahtera. Melalui dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat dan panduan kepada seluruh pihak yang terlibat di dalam pendidikan kanak-kanak.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

M.H. Norhidayah, R. Nursabila, & Shahnun Binti Haji Musa. (2023). MEDIA ELEKTRONIK DI DALAM KEHIDUPAN DAN PEMBANGUNAN INSANIAH KANAK-KANAK. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8(59). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1840