AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI SUMBER PEMANTAPAN KEUSAHAWANAN UMAT ISLAM

Authors

  • Shafiza Safie
  • Nur A’tirah Mohd Anizan
  • Mohd Farhan Md Ariffin

Abstract

Keusahawanan ialah proses mencipta sesuatu yang baharu untuk mendapatkan ganjaran kewangan, kepuasan dan kebebasan. Namun begitu, Islam mempunyai garis panduan yang ditetapkan untuk diikuti oleh manusia Supaya keusahawanan berada di landasan yang betul dan diredhaiNya. Objektif kajian ini adalah untuk melihat garis panduan keusahawanan dan elemen yang perlu ada pada seseorang usahawan mengikut perspektif Al- Quran dan Al-Sunnah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kajian literatur dan analisis dokumen. Kajian mendapati setiap usahawan Muslim harus menjaga tanggungjawab mereka kepada Allah SWT, kepada diri sendiri dan kepada orang lain. Kesimpulannya, ia membawa implikasi positif sekiranya setiap usahawan mengamalkan garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.

Downloads

Published

2023-11-30