CERMINAN KESANTUNAN BERBAHASA DARI ASPEK KATA GANTI NAMA DIRI DALAM DOKUMEN PENGURUSAN

Authors

  • Melor Fauzita Md. Yusoff
  • Nor Hafidah Ibrahim

Abstract

Kesantunan adalah sifat yang melibatkan kehalusan, kesopanan, dan perilaku budi pekerti yang baik. Dalam konteks bahasa, kesantunan berbahasa merujuk kepada kemampuan menggunakan bahasa dengan cara yang santun untuk menyampaikan mesej kepada penerima dengan nilai adab yang tinggi, diikuti oleh perilaku yang baik semasa proses komunikasi berlangsung. Kesantunan berbahasa penting untuk diberi perhatian oleh semua pihak bagi memastikan keselarasan sosial dan mengelakkan perbalahan akibat ketidakfahaman dalam komunikasi. Fenomena sekarang didapati penggunaan kesantunan berbahasa semakin dipandang sepi khasnya aspek kesantunan yang melibatkan penggunan kata ganti nama diri (KGND). Masyarakat lebih mementingkan pencapaian matlamat jangka pendek berbanding mengekalkan hubungan yang harmonis untuk jangka masa yang panjang. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan meneliti penggunaan aspek KGND yang merupakan asas permulaan bagi sesebuah komunikasi. Kajian akan terarah kepada penggunaan KGND yang terdapat dalam dokumen pengurusan dari jabatan kerajaan di negeri Kedah. Kaedah kajian ialah dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan melibatkan kajian lapangan dan analisis teks. Dokumen pengurusan yang diperoleh dianalisis serta dibincangkan secara deskriptis. Secara keseluruhannya, didapati penggunaan KGND dalam dokumen pengurusan masih mengikut norma dan nilai yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Penulis masih menitikberatkan penggunaan KGND dan berjaya menyerlahkan penggunaan bahasa yang bersopan santun ketika berkomunikasi melalui medium penulisan rasmi khasnya dalam dokumen-dokumen pengurusan.

Downloads

Published

2023-11-30