“HENDAK DIPERHAMBAT SYED HARUN ITU”: TINDAKBALAS PERLIS MENURUT TEORI ‘ASABIYYAH IBN KHALDUN

Authors

  • Muhammad Isyraf Ishak
  • Mohd Nazim Mohd Noor
  • Hazman Hassan
  • Mohd Kasturi Nor Abd Aziz
  • Ahmad Hifzurrahman Ridzuan

Abstract

Pada awal abad ke-19, mukim Arau di negeri Perlis ditadbir oleh Penghulu Syed Harun Jamalullail yang juga menantu kepada Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II, Sultan Kedah ke-21 (1798-1804). Kedudukan Syed Harun ini cuba dicabar oleh seorang kerabat diraja Kedah iaitu Tunku Yaakob ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah atau lebih dikenali sebagai Tunku Embun. Kemuncaknya, Tunku Embun telah melepaskan tembakan meriam secara rambang dari Kodiang, Kedah ke Kota Arau, Perlis bagi tujuan menakut-nakutkan Syed Harun supaya berundur dan meninggalkan Arau. Walau bagaimanapun, Syed Harun dan penduduk Perlis telah bertindak balas. Justeru, makalah ini bertujuan untuk menganalisis reaksi Wangsa Jamalullail Perlis terhadap ancaman ini dari perspektif teori ‘asabiyyah yang digagaskan oleh Ibnu Khaldun. Teori ‘asabiyyah merujuk kepada ikatan kesepaduan antara ahli-ahli sesebuah kumpulan, sebagaimana pandangan Ibn Khaldun dalam karya agungnya al-Muqaddimah. Adapun tindak balas Perlis terhadap serangan Tunku Embun adalah sepadan dengan teori ‘Asabiyyah Ibn Khaldun serta menjadi pemangkin kepada tertegaknya Kerajaan Jamalullail Perlis yang tersendiri.

Downloads

Published

2023-11-30