HAJI AHMAD HAKIM: ARKITEK PENUBUHAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs)

Authors

  • Hazman Hassan
  • Mohd Kasturi Nor Abd Aziz
  • Ahmad Hifzurrahman Ridzuan
  • Muhammad Isyraf Ishak
  • Mohd Nazim Mohd Noor

Abstract

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) adalah badan tertinggi bagi pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam di negeri Perlis, Malaysia. Ditubuhkan semenjak tahun 1920 pada zaman pemerintahan Raja Syed Alwi Jamalullail, tidak ramai yang mengenali tokoh yang berfungsi sebagai arkitek penubuhan MAIPs. Beliau adalah Haji Ahmad bin Muhammad atau lebih dikenali sebagai Haji Ahmad Hakim (1892-1964) iaitu seorang hakim, reformis Islam dan pejuang kemerdekaan negeri Perlis. Artikel ini bertujuan untuk menyorot kembali jasa Haji Ahmad Hakim yang berikhtiar habis-habisan di balik tabir sehingga tertubuhlah Majlis Agama Islam ini. Meskipun dilupakan dan jasa-jasanya tidak didendang, legasi perjuangan Haji Ahmad Hakim memartabatkan agama menerusi penubuhan MAIPs sesungguhnya masih berkekalan sehingga ke hari ini dan akan terus mekar di persada nasional, serantau dan antarabangsa.

Downloads

Published

2023-11-30