“… BAGI MENJALANKAN DENGAN SEMPURNANYA PEKERJAAN KERAJAAN NEGERI INI …”: MENTERI BESAR PERLIS DAN AHL AL-SUNNAH WAL AL-JAMA’AH

Authors

  • Muhammad Isyraf Ishak
  • Mohd Nazim Mohd Noor
  • Hazman Hassan
  • Mohd Kasturi Nor Abdul Aziz
  • Ahmad Hifzurrahman Ridzuan

Abstract

Perlembagaan Negeri Perlis mengkanunkan Islam Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah sebagai agama bagi negeri semenjak 1 Februari 1948 lagi. Sementara negeri-negeri lain di Malaysia memasukkan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah atau Islam Sunni secara tidak langsung sebagai mazhab rasmi melalui konvensyen dan tradisi, Perlembagaan Negeri Perlis melangkah lebih jauh dengan mengukuhkan kedudukan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah sebagai entiti yang tidak terpisah lagi daripada agama negeri menerusi undang-undang. Adapun Perlembagaan Persekutuan Malaysia hanya menyepi berkenaan mazhab rasmi dalam memahami dan mengamalkan Islam sebagai sebuah negara. Raja Perlis daripada Wangsa Jamalullail sebagai Ketua Negeri, diamanahkan dengan tugas yang amat mustahak sebagai pelindung tertinggi Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah oleh perlembagaan ini. Menteri Besar Perlis selaku Ketua Kerajaan yang dilantik sesudah melalui proses Pilihanraya Umum setiap 5 tahun sekali juga memiliki peranan tersendiri dalam menjamin kelestarian agama bagi negeri Perlis ini. Oleh yang demikian, artikel ini akan mengutarakan peruntukan undang-undang yang dilaksanakan oleh Menteri Besar Perlis demi menyuburkan Islam Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Perlis.

Downloads

Published

2023-11-30