PERBEZAAN MANHAJ HADIS DI ANTARA AHL AL-SUNNAH DAN SYIAH IMAMIYAH: HADIS AL-THAQALAYN SEBAGAI CONTOH

Authors

  • Mohd Azri Mohd Nasaruddin
  • Hazman Hassan
  • Mohd Akram Dato’ Dahaman @ Dahlan
  • Mohd Kasturi Nor Abd Aziz
  • Ahmad Hifzurrahman Ridzuan
  • Muhammad Isyraf Ishak
  • Mohd Nazim Mohd Noor

Abstract

Ahl al-Sunnah dan Syiah merupakan dua aliran pemikiran terbesar umat Islam di dunia. Kedua-dua aliran ini mempunyai usul mazhab yang berbeza yang menghasilkan akidah yang berbeza. Artikel ini bertujuan melihat kesan perbezaan manhaj pemahaman ini kepada perbezaan akidah mazhab, khususnya isu berpegang dengan sunnah Ahl al-Bait. Artikel membandingkan; pertama, syarat penerimaan hadis di sisi dua mazhab. Kedua, kedudukan para sahabat di sisi kedua-dua mazhab. Ketiga, perbezaan tahap kesahihan sanad hadis al-Thaqalayn. Keempat, pemahaman matan hadis al-Thaqalayn di antara dua mazhab. Hasil kajian menunjukkan bahawa hadis al-Thaqalayn tidak mencapai darjat sahih di sisi Syiah, dan Syiah tersasar dalam memahami intipati hadis al-Thaqalayn yang benar menurut Nabi SAW.

Downloads

Published

2023-11-30