KEPELBAGAIAN TREND PELAJAR MENGAPLIKASIKAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ANTARABANGSA DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Authors

  • Aida Husni Abdul Hamid
  • Zeety Kartini Abdul Hamid
  • Masni Mansor

Abstract

Penggunaan media sosial dalam pendidikan telah banyak dibicarakan malah ia menjadi salah satu keperluan yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Platform media social seperti Facebook, twitter, instagram dan banyak lagi platform media sosial yang lain turut digunakan dengan begitu meluas dalam pelbagai aspek termasuklah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (pdp) bahasa. Pembelajaran melalui penggunaan media sosial ini juga membantu memotivasikan pelajar-pelajar dalam pembelajaran bahasa kerana mereka boleh berinteraksi sesama sendiri disamping mengaplikasikan bahasa yang dipelajari. Namun begitu, platform media sosial yang menjadi pilihan utama pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar yang mempelajari kursus bahasa di Universiti Utara Malaysia pada masa kini masih belum dikenal pasti meskipun penggunaan media sosial dalam pembelajaran digunakan secara meluas. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan membincangkan trend penggunaan media sosial oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa dan juga apakah faktor pemilihan media sosial yang digunakan oleh setiap pelajar bahasa Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan soalan kaji selidik kepada keseluruhan responden daripada populasi pelajar-pelajar yang mempelajari 8 bahasa antarabangsa di Universiti Utara Malaysia iaitu Bahasa Sepanyol, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Bahasa Thai, Bahasa Perancis dan Bahasa Korea. Hasil dapatan kajian ini diharap dapat membantu tenaga pengajar dalam mengenal pasti penggunaan media sosial yang sesuai dan dapat diaplikasikan dalam PdP Bahasa Antarabangsa seterusnya dapat memberi satu dimensi baharu dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran bahasa di Universiti Utara Malaysia khususnya.

Downloads

Published

2023-11-30