PENERAPAN NILAI MELALUI PENULISAN KREATIF TRAVELOG PENDAKIAN GUNUNG

Authors

  • Mohd Fauzwadi Bin Mat Ali
  • Mohd Shamrie Sainin
  • Norzaliza Haji Ghazali

Abstract

Bidang penulisan kreatif penting sebagai salah satu wadah dalam membentuk personaliti seseorang. Sehubungan itu, dengan terhasilnya penulisan buku-buku travelog yang merupakan sebuah karya kreatif dapat memberi kesan kepada khalayak pembaca. Penulisan kreatif seperti buku-buku travelog ini dapat membantu dalam menerapkan nilai budaya dan nilai-nilai murni. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, analisis kandungan untuk melihat nilai-nilai dalam penulisan kreatif. Dua buah buku digunakan iaitu Travelog Pendakian Gunung Kinabalu (2021) dan Travelog Gunung Tambuyukon (2022) yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Utara Malaysia (UUM Press). Hasil analisis menunjukkan bahawa buku-buku travelog ini mampu menerapkan nilai budaya dan nilai-nilai murni dalam kalangan generasi muda. Penulisan kreatif ini juga dapat meningkatkan tahap motivasi generasi muda dalam pembentukan personaliti. Elemen-elemen seperti memotivasikan diri, pembentukan diri, keyakinan diri dan kepuasan diri dipercayai menjadi faktor penyumbang ke arah pembentukan sahsiah generasi muda untuk menangani pelbagai cabaran dunia masa kini.

Downloads

Published

2023-11-30