DISKUSI RINGKAS SEJARAH KETUANAN KUASA PERINTAH BERAJA DAN ISLAM SERTA PERKAITANNYA DI TANAH MELAYU

Authors

  • Ishak Saat
  • Mohd Kasri Saidon

Abstract

Tanah Melayu atau sebahagian dari Malaysia kini merupakan antara komponen utama dalam wilayah besar dikenali umum dahulunya sebagai Alam Melayu. Di sinilah asal mulanya pengukuhan rumpun teras Melayu. Bangsa Melayu ini kemudiannya mencapai tahap kecemerlangan dan ketamadunannya setelah kedatangan Islam. Ketuanan Melayu yang terbina kukuh melalui institusi raja mencapai tahap terbaik setelah melaksanakan sistem pemerintahan Islam seperti terlaksananya sistem pemerintahan secara kesultanan bersendikan hukum kanun berteras Quran dan Sunnah. Penulisan ini disokong dengan penelitian terhadap dokumen sejarah serta kajian terdahulu bagi menguatkan hujah. Secara rumusnya diskusi ini menunjukkan bahawa keutuhan ketuanan Melayu dan Islam mencapai tahap yang kukuh setelah syiar Islam berjaya dilaksanakan khususnya seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dapat disandarkan sebagai contoh utama.

Downloads

Published

2023-11-30