PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU, 1941-1948: ISLAM DAN SURVIVAL BANGSA

Authors

  • Mohamed Ali Haniffa
  • Mohd Kasri Saidon
  • Zolkefli Bahador

Abstract

Masyarakat majmuk di Tanah Melayu tercetus berikutan penjajahan yang bersilih ganti ketika Kesultanan Melayu Melaka sehingga ke Perang Dunia Kedua. Namun kesantunan orang Melayu menerima kaum-kaum lain menjadi antara keunikan pembentukan pola masyarakat di Malaysia kini. Penjajahan menyebabkan berlakunya peminggiran etnik, namun menjadi pencetus kepada nasionalisme Melayu. Penelitian makalah ialah terhadap peranan Islam dan agamawan dalam membangkitkan kesedaran khususnya ketika pemerintahan kuasa kolonial di Tanah Melayu. Ulama abad ke-19 muncul di kebanyakan negeri di Tanah Melayu dan menjadi suri teladan dalam kalangan masyarakat membangkitkan jihad fisabilillah. Agama menjadi tenaga pendorong dan penguat kepada kesedaran serta perjuangan orang Melayu ketika penjajahan. Golongan agamawan dan pemimpin tempatan mula mengajar ilmu kebatinan serta seni mempertahankan diri apabila kehidupan mereka diganggu oleh komunis. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sebagai metode pengumpulan data dan analisis data. Penulisan bersifat kajian kualitatif dengan pengaplikasian reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan memfokuskan pada sumber primer, sekunder dan lisan. Manakala bagi kaedah analisis data, kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif menerusi analisis kritikan dalaman dan kritikan luaran. Hasil kajian mendapati bahawa golongan agamawan berperanan signifikan ketika Tanah Melayu dijajah. Ulama juga menjadi pemersatu dalam memastikan kelangsungan survival Melayu Islam. Agama Islam berjaya mencetuskan nasionalisme bukan sahaja untuk menghadapi ancaman terhadap kesucian agama Islam tetapi lebih bersifat membebaskan tanahair.

Downloads

Published

2023-11-30