PENYAHPADUAN SOSIAL DAN DEMOKRASI: PENOLAKAN INTEGRASI NASIONAL DALAM MASYARAKAT PLURAL

Authors

  • Jazimin Zakaria
  • Ramlan Mustapha
  • Nurulaini Zamhury
  • Muhammad Syahmizan Azmi

Abstract

Artikel ini melihat penyahpaduan sosial dalam sebuah negara demokrasi yang berkomposisikan masyarakat plural. Elemen yang wujud ini telah menjadi halangan kepada integrasi sosial daripada berlaku. Bagi sebuah masyarakat yang berbeza latarbelakang keterbatasan sosial adalah perkara yang sering menjadi faktor penting dalam proses integrasi. Namun begitu globalisasi bukan sahaja membawa cabaran dalam takrifan demokrasi malah dilihat sebagai sesuatu yang menjadikan batasan tersebut semakin jelas. Ciri-ciri etnosentrik telah menjadikan penyahpaduan sosial lebih kuat dan memberi kesan kepada integrasi. Melihat kepada keretakan hubungan etnik, modenisasi telah menjauhkan jurang persamaan dan membawa kepada perbezaan atas nama inklusifnes. Elemen primodial dan instrumentalis sering menjadi topik dalam membincangkan konflik etnik. Oleh itu dalam melihat keretakan ini kesepaduan sosial yang dilihat dalam menjadikan integrasi lebih baik dilihat tidak berjaya sepenuhnya disebabkan penyahpaduan sosial yang berlaku.

Downloads

Published

2023-10-31