KEBERKESANAN PASUKAN RELA DALAM MENANGANI PELAKUAN JENAYAH DI DAERAH KABONG, SARAWAK

Authors

  • Nor-Ina Kanyo
  • Nur Izwan Bin Mohd Affendi
  • Jashmaira binti Kipli
  • Ahmad Tarmizi Abdul Rahman

Abstract

Sesebuah negara tidak terlepas daripada berlakunya masalah sosial. Antaranya ialah masalah jenayah. Perlakuan jenayah adalah fenomena permasalahan sosial yang melanda seluruh dunia. Perlakuan jenayah ini dilihat semakin meningkat dan ia menimbulkan kebimbangan kepada semua lapisan masyarakat. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membendung masalah ini. Antaranya ialah dengan mewujudkan pasukan yang membantu pihak polis khususnya dalam membendung masalah jenayah ini. Justeru, artikel ini berusaha mengupas dan mengetengahkan keberkesanan pasukan RELA dalam menangani perlakuan jenayah. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif. Sebanyak 50 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak di kawasan kajian iaitu di Daerah Kabong. Hasil kajian mendapati pasukan RELA berperanan dalam menangani perlakuan jenayah di kawasan kajian dan kewujudannya mempunyai hubungan dengan kadar jenayah yang berlaku di kawasan tersebut.

Downloads

Published

2023-09-30