ADAB-ADAB PERTUTURAN MELAYU KELANTAN DALAM PEMAPARAN WATAK HALUS MENERUSI PERSEMBAHAN MAKYUNG GADING BERTIMANG

Authors

  • Mohd Farid Bin Kamaruzaman
  • Fara Dayana Binti Mohd Jufry

Abstract

Adab-adab pertuturan dalam persembahan Makyung pada masa kini dilihat sudah semakin terhakis. Oleh itu, kajian mengenai adab-adab pertuturan Melayu Kelantan dalam pemaparan watak halus menerusi persembahan Makyung telah dijalankan dengan memilih cerita Gading Bertimang sebagai sumber kajian. Terdapat dua objektif dalam kajian ini, iaitu mengenal pasti adab-adab pertuturan Melayu Kelantan dalam pemaparan watak halus yang digambarkan menerusi persembahan Makyung Gading Bertimang dan membina rangka adab-adab pertuturan watak halus berdasarkan persembahan Makyung Gading Bertimang serta menegaskan bahawa adab-adab dalam persembahan Makyung Gading Bertimang adalah adab-adab Melayu Kelantan. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah Grounded Theory. Data di kumpul dengan menggunakan temu bual, rakaman audio serta video persembahan, dan nota lapangan pemerhatian. Data temu bual dianalisis secara kualitatif dengan menggunakan kaedah pengekodan manakala transkripsi persembahan Makyung Gading Bertimang dianalisis dan dilaporkan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua kategori pertuturan yang dikenal pasti dalam persembahan Makyung, iaitu pengucapan dialog dan intonasi dialog. Kedua-dua kategori tersebut dihuraikan secara terperinci adab-adab pertuturan Melayu Kelantan yang terdapat dalam persembahan Makyung. Satu rangka adab-adab pertuturan watak halus menerusi Makyung Gading Bertimang dibina. Dapat dirumuskan bahawa kepentingan adab-adab pertuturan dalam persembahan Makyung untuk menjadikan ia lebih indah, sopan dan tertib dalam percakapan.

Downloads

Published

2023-09-30