TAZKIYAH AL-NAFS MENURUT PERSPEKTIF AL-GHAZALI DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PENDIDIKAN AKHLAK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Authors

  • Suhaiella Suhaili
  • Muhamad Zahiri Awang Mat

Abstract

Pendidikan memainkan peranan penting di dalam usaha membentuk akhlak mulia pelajar dan ini lebih utama dalam usaha merealisasikan konsep Negara Zikir di Negara Brunei Darussalam. Ini juga sebagaimana perkembangan pendidikan memfokuskan pembangunan modal insan yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Maka pentingnya penekanan tazkiyah al-nafs (penyucian jiwa) turut dikaitkan dalam mendidik akhlak pelajar khususnya peringkat menengah. Kertas ini mengetengahkan pendekatan tazkiyah al-nafs menurut pemikiran al-Ghazali dalam karya kitab beliau iaitu Ihya ‘Ulumuddin dan mengaitkan impaknya terhadap pendidikan akhlak pelajar sekolah menengah. Dapatan menunjukkan bahawa pendekatan yang dikemukakan oleh al-Ghazali mengenai tazkiyah al-nafs iaitu menerusi proses mujahadah al-nafs dan riyadhah al-nafs ternyata membantu menyingkirkan sifat-sifat yang tercela (mazmumah) dan melatih untuk membiasakan diri pelajar dengan sifat terpuji (mahmudah) serta melazimi perbuatan yang dituntut. Secara keseluruhannya, pendekatan tazkiyah al-nafs yang ditekankan dalam mendidik akhlak pelajar menerusi proses berkenaan secara berterusan akan menghasilkan impak yang positif kepada pelajar dan memiliki keperibadian yang lengkap bukan sahaja berilmu dan berpendidikan, malah memperolehi personaliti yang baik sebagai seorang muslim.

Downloads

Published

2023-09-30