KESALAHAN DALAM PENTAFSIRAN SURAH AT-TAUBAH AYAT 5 DAN 29 MEMICU PERLAKUAN RADIKALISME PEMIKIRAN DAN TINDAKAN OLEH PENGGANAS ISLAM

Authors

  • Prof. Madya Dr. Hadenan bin Towpek
  • Dr. Hasfa Bakhry bin Hassan

Abstract

Al-Quran merupakan kitab ataupun wahyu yang dijadikan pegangan seluruh umat Islam. Ia merupakan panduan dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini. Namun terdapat sebahagian kelompok yang menggunakan al-Quran dalam ilmiah perbuatan mereka yang bersifat radikal atas nama agama. Mereka menggunakan beberapa ayat-ayat al-Quran untuk kepentingan nafsu mereka sahaja. Kajian ini bertujuan untuk memahami bahaya ideologi radikalisme agama ini terhadap negara dan masyarakat, mengenalpasti punca berlaku kesilapan dalam memahami surah at-Taubah ayat 5 dan 29 serta memperkenalkan kaedah tafsir menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah berteraskan tafsiran para ulama salafus soleh. Metodologi kajian ini adalah menggunakan analisis kandungan berteraskan data-data kualitatif. Kaedah analisis kandungan merupakan kaedah yang digunakan oleh para pengkaji untuk mendapatkan hasil kajian melalui kandungan-kandungan tertentu dalam penulisan ilmiah ataupun bahan-bahan sekunder yang boleh disandarkan keabsahan maklumatnya berkenaan tajuk tersebut. Ia digunakan untuk mengukur, menganalisis bahan dan makna teks. Ia juga digunakan untuk memperolehi keterangan, melakukan intepertasi atau makna sesuatu proses komunikasi yang merupakan salah satu elemen yang sangat penting dalam kaedah kualitatif ini yang digunakan oleh pengkaji. Kajian ini mendapati jalan penyelesaikan kepada permasalahan yang dihadapi serta mengelak daripada perkara tersebut berlaku.

Downloads

Published

2023-09-30