PENGALAMAN PENIAGA PASAR TAMU DI LUAR BANDAR SABAH SEMASA PANDEMIK COVID-19 DAN ISU KEMISKINAN DIGITAL

Authors

  • Nur Firzana Binti Rosman
  • Kee Y. Sabariah Binti Kee Mohd Yussof

Abstract

Pelaksanaan kawalan pergerakan (PKP) semasa pandemik covid-19 telah menyaksikan penutupan aktiviti perniagaan di Pasar Tamu Sabah, perubahan drastik yang dialami oleh peniaga telah memberi kesan pengalaman yang berbeza-beza kepada peniaga dan memerlukan inovasi perniagaan dilakukan. Namun bagi peniaga luar bandar dan bekerja dari rumah untuk menjalankan perniagaan atas talian sering berhadapan dengan masalah untuk bersaing dalam dunia digital, walaupun semasa pkp yang memperlihatkan aktiviti perniagaan secara fizikal terpaksa diberhentikan dan peniaga tidak mempunyai pilihan lain sehingga perlu beralih kepada perniagaan atas talian (Arif et al., 2020) . Hasil temu bual bersama sepuluh orang informan yang berniaga di kawasan pasar tamu Kota Belud, Kudat dan Sipitang, mendapati pengalaman semasa tempoh PKP dilaksanakan jelas memperlihatkan kerugian yang amat besar dialami oleh peniaga-peniaga tersebut, hal ini disebabkan oleh ketiadaan punca pendapatan dan produk jualan mengalami kerosakan akibat penutupan pasar tamu. Justeru itu, isu kemiskinan digital jelas terlihat di kalangan peniaga pasar tamu kerana tidak semua peniaga mampu menjadikan perniagaan atas talian sebagai suatu strategi alternatif untuk menjana pendapatan semasa aktiviti peniagaan di kawasan pasar tamu dihentikan akibat PKP. Ketiadaan motivasi untuk berinovasi dalam mengubah aktiviti perniagaan telah menyebabkan peniaga pasar tamu selesa hanya menunggu pembukaan pasar tamu untuk mereka memulakan perniagaan secara fizikal.

Downloads

Published

2023-09-30