SULH DALAM PERUNDANGAN ISLAM: ANALISIS LITERATUR UTAMA

Authors

  • Aemy bin Aziz
  • Afifah Binti Azmi
  • Masitah Binti Omar
  • Mohd Zuhaili Bin Kamal Basir
  • Hadenan bin Towpek
  • Ahmad Shah Affandie

Abstract

Dewasa ini Sulh sebagai suatu kaedah Resolusi Pertikaian Alternatif (Alternative Dispute Resolution - ADR) semakin mendapat sambutan dan perhatian di Malaysia khususnya di Mahkamah Syariah. Oleh itu, artikel ini menganalisis kontrak sulh dengan perhatian khusus mengenai definisi, konsep, teori, pendekatan, dan aplikasinya dalam perundangan Islam. Artikel ini menggunakan tiga kategori tinjauan kajian lepas, iaitu sumber umum sebanyak 8 sumber, sumber khusus sebanyak 19 sumber, dan sumber rasmi dari agensi-agensi yang berbidangkuasa dalam perundangan syariah di Malaysia sebanyak 12 sumber. Hasil kajian ini merumuskan dapatan utama iaitu kaedah sulh telah berjaya dibangunkan berdasarkan sumber al-Quran, al-Sunnah, dan khazanah perundangan Islam.

Downloads

Published

2023-09-30