MENGKAJI PERUBAHAN GARIS PANTAI MENGGUNAKAN KAEDAH STATISTIK NSM DAN EPR: KAJIAN KES DI ZON PINGGIR PANTAI KOTA KINABALU, SABAH

Authors

  • Leslie Anak Gerut
  • Oliver Valentine Eboy

Abstract

Sejak kebelakangan ini, perubahan iklim telah mendapat perhatian di seluruh dunia. Perubahan iklim bukan sahaja memberi impak negatif terhadap alam sekitar tetapi juga kepada aspek sosial dan ekonomi masyarakat, terutamanya kepada negara yang ingin mencapai pembangunan yang mampan. Perubahan garis pantai dikaitkan dengan perubahan aras laut yang menyumbang kepada kejadian hakisan pantai dan juga pemendapan. Oleh itu, kertas kerja ini mengkaji Perubahan garis pantai menggunakan aplikasi GIS di zon pinggir pantai Kota Kinabalu, Sabah. Penyelidikan ini menggunakan imej satelit Landsat 5 TM dan 8 OLI TIRS. Data RS yang dipilih ialah tahun 1992 dan 2022 dan terbatas pada kawasan yang tidak dilitupi awan di lokasi kajian. Teknik Analisis yang digunakan dalam kertas kerja ini adalah menggunakan Digital Shoreline Analysis System (DSAS) iaitu kaedah statistik net shoreline movement (NSM) dan end point rate (EPR). Hasil kajian mendapati dalam tempoh 30 tahun kebelakangan, terdapat banyak berlaku fenomena pemendapan dan hakisan di kawasan kajian. Hasil daripada pemprosesan imej menggunakan perisian GIS, kawasan yang mengalami kejadian pemendapan dan hakisan yang signifikan adalah kawasan Kibagu. Analisis NSM, pemendapan sangat ketara berlaku di kawasan Kibagu sehingga mencecah Jarak 557.64 Meter selama 30 Tahun. Selain itu, jarak hakisan juga berlaku di kawasan Kibagu juga sehingga mencecah -179.22 Meter selama 30 Tahun. Berdasarkan analisis statistik EPR juga menunjukkan perubahan yang ketara di kawasan Kibagu. Pemendapan yang paling ketara berlaku di kawasan Kibagu 18.9 Meter/Tahun. Hakisan yang paling ketara berlaku di kawasan Kibagu mencatatkan -6.1 Meter/Tahun.

Downloads

Published

2023-09-30