APLIKASI GIS DALAM MENGANALISIS CORAK DENSITI JENAYAH KECURIAN KENDERAAN DI DAERAH KOTA KINABALU SABAH DARI TAHUN 2017 HINGGA 2021

Authors

  • Oliver Valentine Eboy
  • Teddismond Anak Nyanggai

Abstract

Jenayah kecurian kenderaan adalah dikategorikan sebagai jenayah harta benda kerana kecurian kenderaan adalah merupakan dimana individu tersebut kehilangan harta benda yang berbentuk kenderaan samada kereta, lori atau van, dan motosikal. Dalam konteks negara Malaysia, jenayah harta benda adalah adalah penyumbang kepada utama kepada indeks jenayah negara. Berdasarkan statistik kes jenayah kecurian kenderaan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (2021), kes kecurian kenderaan pada tahun 2020 adalah sebanyak 431 kes. Sebanyak 132 kes daripada 431 kes adalah berlaku di Kota Kinabalu. Hal ini telah menunjukkan bahawa 30.63 peratus kes kecurian kenderaan di Sabah adalah di Kota Kinabalu. Oleh hal yang demikian, GIS penting serta sangat membantu dalam usaha pencegahan jenayah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti corak densiti jenayah kecurian kenderaan di Kota Kinabalu, Sabah dengan menerapkan aplikasi GIS. Kajian ini dijalankan dalam tempoh tahun 2017 hingga 2021 dengan menggunakan teknik densiti kernel. Hasil dapatan menunjukkan bahawa berlaku perubahan corak densiti jenayah kecurian kenderaan dalam tempoh lima tahun tesebut. Kawasan yang menjadi tumpuan jenayah kecurian kenderaan adalah berdekatan kawasan bandar. Akhir sekali, diharapkan kertas kerja ini dapat menyumbang kepada penggunaan GIS dalam bidang geografi jenayah terutamanya penggunaan GIS dalam ilmu disiplin geografi jenayah.

Downloads

Published

2023-09-30