CABARAN PEMILIKAN RUMAH MAMPU MILIK BAGI GOLONGAN PERTENGAHAN M40

Authors

  • Shah Rezza Ezwan Bin Ahmad
  • Azmi Bin Aziz
  • Ishak Abd Rahman
  • Abdullah Sanusi Othman

Abstract

Kemampuan memiliki rumah merupakan kebimbangan sejagat yang membelenggu bandar-bandar raya utama negara membangun dan negara maju di seluruh dunia. Antara pendorong utama termasuklah peningkatan pendapatan dan urbanisasi yang makin meluas, didorong oleh peluang pekerjaan yang lebih baik di kawasan bandar. Dalam hal ini, Malaysia menghadapi isu yang sama. Akibatnya, Malaysia berdepan dengan kekurangan rumah mampu milik untuk orang ramai terutama bagi golongan pertengahan. Rumah merupakan satu harta yang sangat penting dalam memberi ruang dan keselesaan serta tempat berlindung dalam menjamin rasa selamat setiap individu dan keluarga. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang tertera di dalam laporan harta tanah, berita-berita, di dalam akhbar, menunjukkan kenaikan harga rumah yang semakin hari semakin tinggi telah memberi tekanan kepada mereka yang belum memiliki rumah sendiri, terutama sekali mereka yang bekerja dan menetap di bandar-bandar utama di Malaysia. Harga rumah yang ditawarkan di kawasan bandar amat mahal berbanding di pinggir bandar. Hal ini menyebabkan golongan berpendapatan pertengahan M40 sukar untuk memiliki rumah sendiri. Justeru kajian ini bertujuan mengkaji isu dan cabaran utama pemilikan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana M40. Hasil kajian menunjukkan cabaran utama ialah kekangan pendapatan akibat perbelanjaan harian isi rumah yang semakin meningkat, lokasi rumah yang dikehendaki bernilai tinggi dan harga rumah tidak selari dengan pendapatan adalah isu dan cabaran utama yang dihadapi oleh golongan pertengahan (M40) .Penemuan ini haruslah diberi perhatian dan diperhalusi oleh penggubal dasar dan polisi perumahan dalam usaha merangka dan menambahbaik pelaksanaan dasar dan pembangunan perumahan negara supaya golongan pertengahan M40 dapat memiliki rumah dan mencapai objektif utama dasar perumahan mampu milik negara.

Downloads

Published

2023-09-30