ISU DAN CABARAN PEKERJA ASING DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN:KAJIAN KES PEKERJA INDONESIA

Authors

  • Azmi Bin Aziz
  • Ishak Bin Abd Rahman
  • Vivianna Anak Tony
  • Nurul Asyiqin Binti Ab Rahim
  • Muhammad Nurhakim Bin Yahya
  • Nuraisyah Binti Azizi
  • Nur Farah Izzati Binti Ramli
  • Lokhman Hakim Osman
  • Abdullah Sanusi Othman

Abstract

Pekerja asing dapat dikategorikan kepada beberapa kelompok iaitu pekerja asing dengan izin, pekerja asing tanpa izin (PATI), pelarian dan pemohon perlindungan politik Malaysia. Pekerja asing dengan izin merupakan orang yang mendapat keizinan untuk masuk dan bekerja di negara asing berdasarkan akta dan peraturan yang ditetapkan manakala pekerja asing tanpa izin (PATI) adalah orang yang tidak mendapat keizinan dari suatu negara, namun ia memasuki dan bekerja secara haram di negara tersebut. Pekerja asing juga boleh dikelaskan kepada 3 jenis iaitu peringkat tinggi dan pengurusan, peringkat separa mahir, dan peringkat kurang mahir atau buruh. Pekerja asing di peringkat tinggi dan pengurusan merupakan mereka yang berpendidikan tinggi serta terlatih dan kebiasaannya mereka dikenali sebagai ekspatriat. Bagi pekerja asing di peringkat separa mahir, mereka adalah pekerja yang mempunyai kemahiran, namun tidak mencapai tahap kemahiran yang dipunyai oleh pekerja mahir. Hasil dari kajian yang telah dijalankan secara kualitatif yang melibatkan temubual mendalam mendapati bahawa memang terdapat beberapa isu dan cabaran yang dihadapi oleh pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia. Kebanyakkan isu nya adalah dari segi komunikasi. Walaupun bahasa yang digunakan antara Indonesia dan Malaysia ini tidak ketara bezanya, namun ini merupakan isu dan cabaran utama yang dihadapi oleh mereka. Antara isu lain yang dikenalpasti ialah, majikan tidak mahu memperbaharui visa, lalu menghantar semula pekerja itu pulang ke negara asal. Isu lain yang turut ialah isu kebajikan seperti kemudahan mendapatkan rawatan perubatan.

Downloads

Published

2023-09-30