PERANAN KOSA KATA ARAB DALAM BIDANG PENGAJIAN ISLAM

Authors

  • Norillah binti Abdullah Hassim
  • Amiruldin bin Ishak
  • Fahmi Zaidi bin Abdul Razak

Abstract

Kosa kata merupakan aspek utama dalam pembelajaran bahasa Arab. Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa jumlah kosa kata pelajar dapat menentukan tahap penguasaan bahasa Arab mereka. Walaubagaimanapun isu berkaitan pengaruh aspek kosa kata Arab terhadap bidang pengajian lain sentiasa diperbahaskan sama ada di peringkat rendah mahupun di peringkat pengajian tinggi dari dahulu sehinggalah kini. Justeru, kajian ini diharapkan dapat menjadi kesinambungan kepada kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan pengaruh dan kepentingan aspek jumlah kosa kata Arab dalam bidang pengajian Islam. Kajian ini menggunakan metod kualitatif melalui kaedah analisis deskriptif dan analisis kandungan. Kertas konsep ini mendedahkan bahawa aspek kosa kata dapat meningkatkan kefahaman pelajar, meningkatkan prestasi akademik, menguasai sumber ilmu, menambah nilai kualiti penyelidikan bidang pengajian Islam serta mampu menampilkan kesarjanaan bidang pengajian Islam. Sehubungan dengan itu beberapa langkah perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkepentingan antaranya membentuk silibus pelajaran bahasa Arab bagi tujuan khas dalam bidang pengajian Islam sebagai mata pelajaran wajib dengan meneliti aspek kosa kata khusus bagi pengajian ini juga. Dicadangkan juga agar bahasa Arab Khas bagi tujuan bidang pengajian Islam ini juga ditawarkan sebagai subjek teras pengajian Islam bagi setiap semester.

Downloads

Published

2023-09-30