ADAB MEMASUKI MASJID DAN GURDWARA DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN SIKHISME

Authors

  • Azhar Abdul Rahman
  • Charanjit Kaur a/p Darshan Singh
  • Syaimak Ismail
  • Nor Azira Mohd Radzi
  • Zuraimy Ali

Abstract

Setiap agama mempunyai tatacara dan etika bila memasuki dan berada di tempat ibadat masing-masing. Bagi orang Islam, Al Quran dan Al Hadis sebagai rujukan etika atau adab dan bagi orang Sikh pula ialah Sikh Rehat Maryada (Kod Tingkah Laku Sikh) yang berasaskan kepada kitab Guru Granth Sahib. Pengetahuan aspek ini membawa kepada budaya saling menghormati dan jalinan harmoni. Kajian konsep ini bersifat kualitatif dengan menggunakan metod dokumentasi dan komparatif serta analisa kandungan secara deskriptif. Objektif kajian adalah untuk melihat aspek-aspek peradaban antara agama yang membolehkan budaya taaruf dan hormat-menghormati dipraktikan walaupun berlainan agama. Kajian mendapati bahawa terdapat aspek-aspek persamaan universal yang boleh dikongsi dan menjadi jambatan dalam membina peradaban dan sikap saling hormat-menghormati. Oleh itu, asas kepada hubungan yang harmoni ialah sikap saling mengenali dan mengambil tahu akan budaya agama yang lain. Justeru, peradaban dapat dibina dengan baik dan mengukuhkan nilai hidup bersama walaupun berbeza amalan agama.

Downloads

Published

2023-09-30