FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL DALAM LOGISTIK HALAL: SATU PENEROKAAN KONSEPTUAL

Authors

  • Mohamad I’rfan Shahruddin
  • Nor’azzah Kamri
  • Suhaili Sarif

Abstract

Logistik halal merupakan salah satu elemen penting dalam sistem rantaian bekalan halal. Sektor logistik amat signifikan dalam mengembangkan perdagangan global terhadap produk yang mendapat pengesahan halal. Untuk memastikan kejayaan logistik halal, kertas konsep ini bertujuan untuk meneroka faktor yang mempengaruhi keberkesanan dan kejayaan logistik halal berdasarkan Critical Success Factors (CSF). Kajian konsep ini menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif dengan memberi fokus terhadap artikel yang membincangkan tentang CSF dalam logistik halal. Peranan pensijilan halal, sokongan kerajaan, teknologi maklumat, pengurusan pengangkutan dan penyimpanan, serta kebolehkesanan halal merupakan tema CSF yang dibincangkan di dalam kertas konsep ini. Akhir sekali, kertas konsep ini juga membincangkan CSF dalam industri logistik halal dan memberikan cadangan untuk meningkatkan keberkesanan terhadap pengurusan logistik halal.

Downloads

Published

2023-09-30