ANALISIS TINJAUAN LITERATUR SISTEMATIK (SLR) BERKAITAN STRATEGI PENDANAAN DAN PENGURUSAN DANA MANGSA MUSIBAH

Authors

  • Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz
  • Mohd Zaid Mustafar
  • Wan Anwar Wan Mohamad Saferdin

Abstract

Kajian berkaitan pengurusan mangsa musibah sering mendapat tumpuan dalam kalangan para pengkaji. Ini berikutan kekerapan berlakunya bencana sering mengakibatkan kemusnahan harta benda dan menjejaskan kelangsungan hidup manusia. Peranan pelbagai pihak dalam menguruskan mangsa musibah ini mempunyai limitasi tertentu dan kebanyakannya dilaksanakan secara ad hoc. Walaubagaimanapun, masih terdapat keterbatasan kajian yang menilai secara sistematik berkaitan strategi pendanaan dan pengurusan dana kepada mangsa musibah ini. Artikel ini bertujuan melakukan tinjauan literatur sistematik mengenai strategi pendanaan dan pengurusan dana kepada mangsa musibah. Kajian ini menyepadukan reka bentuk kajian penyelidikan yang pelbagai dan penilaian artikel dilakukan berdasarkan kepada Reporting Standard for Systematic Evidence Synthesis (ROSES). Kajian ini memilih artikel-artikel melalui dua pengkalan data terkemuka iaitu Scopus dan Web of Science (WoS) serta satu pengkalan data sokongan iaitu Google Scholar. Berdasarkan analisis tematik, hasil kajian dibahagikan kepada tiga tema yang utama iaitu klasifikasi dana, pengagihan dana dan tadbir urus dana. Ketiga-tiga tema tersebut menghasilkan 11 sub-tema. Kajian ini memberi sumbangan yang signifikan kepada pihak berkepentingan seperti pembuat dasar, penyelidik dan orang awam dalam memahami corak keperluan dan kaedah penyaluran bantuan terutamanya dalam aspek dana. Kertas kerja ini dilihat penting dalam usaha memberi lebih perhatian kepada kajian-kajian berkaitan dana kepada mangsa musibah supaya kajian lanjutan bagi tujuan penambahbaikan dapat diteruskan. Seterusnya, aspek yang kurang mendapat perhatian dalam tadbir urus dana mangsa musibah dapat dikembangkan.

Downloads

Published

2023-07-31