CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DAN IMPLIKASINYA TERHADAP BIDANG PENDIDIKAN TAHFIZ DI MALAYSIA

Authors

  • Nurul Huda Binti Abdul Rahim
  • Izzah Nur Aida Binti Zur Raffar

Abstract

Industri Revolusi 4.0 (IR4.0) merupakan integrasi dan inovasi di dalam kehidupan masyarakat dunia pada hari ini di dalam semua sektor. Pekembangan IR4.0 sering menjadi perbincangan hangat dalam kalangan ahli akademik, ibu bapa dan juga para pelajar. Transformasi di dalam bidang pendidikan ini secara tidak langsung mempengaruhi personaliti pelajar di institusi-institusi pendidikan termasuk institusi tahfiz. Sudah tentu terdapat cabaran yang perlu dihadapi oleh para pendidik dan pelajar khususnya bagi memastikan matlamat kemenjadian murid di sekolah dapat dicapai dengan jayanya. Justeru itu, kajian ini akan menjelaskan cabaran IR4.0 pada masa kini dan implikasi IR4.0 terhadap bidang pendidikan tahfiz. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah menganalisis data-data yang diperolehi melalui proses dokumentasi. Hasil kajian ini menunjukkan cabaran IR4.0 memberi tekanan kepada pelbagai bidang kehidupan era kontemporari ini. Ia juga memberi implikasi terhadap bidang pendidikan tahfiz baik kepada pendidik dan pelajar tahfiz. Dapatan kajian ini dilihat dapat memberi manfaat kepada para guru dalam menyediakan pelajar dengan pengetahuan serta kemahiran khusus bagi menangani cabaran arus teknologi IR4.0 yang terdedah kepada pelbagai interpretasi yang mencabar pemikiran para pelajar.

Downloads

Published

2023-07-31