PEMBENTUKAN MODAL INSAN BERAKHLAK MULIA BERTERASKAN METODE PENDIDIKAN RASULULLAH SAW DI MALAYSIA: TINJAUAN LITERATUR DALAM ASPEK PENDIDIKAN PADA ABAD KE-21

Authors

  • Asma’ Wardah Surtahman
  • Noor Aziera Mohamad Rohana
  • Nur 'Ainussabi'ah Mohammad Sulaiman
  • Mohd Faizal P Rameli
  • Abdul Qayuum Abdul Razak
  • Faiqah Hafidzah Halim

Abstract

Pendidikan merupakan wadah pembentukan akhlak dan modal insan yang perlu berkembang selari dengan kemajuan semasa. Antara kaedah yang digunakan Rasulullah SAW dalam aspek pendidikan adalah soal jawab, sentuhan dan bercerita. Kajian ini bertujuan meneliti pendekatan pendidikan yang digunakan Rasulullah SAW kepada para sahabat dan umat Islam. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti pembentukan modal insan berasaskan pelaksanaan pendidikan di Malaysia. Kajian kualitatif menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kajian kepustakaan dan analisis dokumen dilakukan secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pendidikan Rasulullah SAW masih relevan diaplikasikan dalam aspek pendidikan pada era komtemporari. Perubahan keadaan semasa bukan suatu faktor yang menyebabkan usaha pembentukan akhlak dan modal insan diabaikan.

Downloads

Published

2023-07-31