REGULASI EMOSI KEIBUBAPAAN ANAK KURANG UPAYA MENURUT ISLAM KE ARAH MEMPERKASAKAN KESUKARELAWANAN DAKWAH BAGI OKU

Authors

  • Noornajihan Jaafar

Abstract

Ibu bapa yang dikurniakan anak kurang upaya terdedah kepada tekanan yang tinggi berbanding ibu bapa yang mempunyai anak tipikal. Tanpa sokongan dan bantuan yang sistematik dan menyeluruh daripada pihak kerajaan mahupun badan kebajikan, agak sukar bagi ibu bapa ini untuk memberikan asuhan dan penjagaan yang terbaik buat anak istimewa mereka. Berdasarkan kepada modul sedia ada, didapati masih terdapat kelompangan dari aspek regulasi emosi bagi ibu bapa anak kurang upaya. Justeru, penulisan ini akan mengenengahkan perbincangan awal berkaitan regulasi emosi ibu-bapa anak kurang upaya berasaskan panduan Islam bagi pembentukan sebuah keluarga yang sejahtera sekaligus menggalakkan penglibatan mereka dalam kesukarelawan termasuklah dalam aspek pendidikan agama. Penulisan ini mensasarkan beberapa objektif, iaitu: 1- isu dan cabaran keluarga yang dianugerahkan dengan anak kurang upaya, 2- regulasi emosi dan kepentingan dalam menguruskan anak kurang upaya dan 3- strategi regulasi emosi keibubapaan anak kurang upaya menurut Islam. Penulisan ini berasaskan kajian keperpustakaan dengan merujuk artikel-artikel jurnal yang membincangan isu dan cabaran terkini yang dihadapi oleh ibu bapa yang memiliki anak kurang upaya. Selain itu, buku-buku berkaitan regulasi emosi dan kepentingannya turut dirujuk. Ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW turut dirujuk bagi mendapatkan panduan Islam berkenaan regulasi emosi terbaik khususnya terkait dengan tekanan emosi yang dihadapi oleh ibu bapa berkenaan. Penulisan ini dilihat amat penting dalam memberikan input dan kemahiran kepada ibu bapa berkenaan strategi regulasi emosi dalam menguruskan anak istimewa. Ia bukan sahaja membantu ibu bapa dalam menguruskan emosi mereka bagi mewujudkan suasana sejahtera dalam keluarga, bahkan sehingga berupaya menggerakkan usaha advokasi dari masa ke masa ke arah membentuk komuniti inklusif melalui pemerkasaan kesukarelawanan dalam kalangan ibu bapa.

Downloads

Published

2023-07-31