PENILAIAN SEMULA HUKUM IDAH BERDASARKAN KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI DAN KAITANNYA DENGAN AL-TAʿLĪL BI AL-ḤIKMAH

Authors

  • Md Azzaat Ahsanie bin Lokman
  • Muhammad Faidz Mohd Fadzil
  • Muhd Imran Abd Razak
  • Mohd Farhan Abd Rahman
  • Amir Mohd Nason

Abstract

Pada masa kini, terdapat kecenderungan untuk mengoptimumkan peranan hikmah dalam penentuan syariat Islam kerana ia memainkan peranan penting serta hubungannya yang rapat dengan konsep ʿillah dan Maqāṣid al-Syariʿah. Dalam Uṣūl al-Fiqh, wacana ini dinamakan al-Taʿlīl bi al-Ḥikmah. Selain itu, perkembangan pesat sains dan teknologi moden juga disarankan untuk disepadukan dalam korpus penyelidikan hukum Islam kontemporari. Oleh itu, gabungan kedua-dua hikmah dan sains adalah satu bidang integrasi yang sangat penting untuk diterokai hari ini. Salah satu isu yang sering menjadi perhatian dalam menjawab hubungan antara hikmah dan sains dalam syariat Islam ialah hukum iddah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat perkaitan antara hukum iddah dengan hikmahnya serta peranan sains dalam merealisasikan hikmah tersebut dan kesan terhadap penentuan hukumnya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah analisis dokumen terhadap penulisan klasik dan kontemporari yang membincangkan hukum iddah. Analisis dilakukan secara induktif untuk mengeluarkan prinsip al-Taʿlīl bi al-Ḥikmah yang menjadi kerangka utama dalam menganalisis isu iddah. Kajian ini mendapati sekiranya penggunaan hikmah dan sains dalam penentuan hukum bertujuan untuk merealisasikan objektif syariat, dilaksanakan mengikut garis panduannya, maka ia menepati kehendak syariat dan mencapai Maqāṣid al-Syarīʿah.

Downloads

Published

2023-07-31