MERUNGKAI METAFORA DAKWAH DAN NILAI-NILAI MORAL MENERUSI VISUAL KOMIK AWANG BOHONG

Authors

  • Fazlina Mohd Radzi
  • Liza Marziana Mohammad Noh
  • Haslinda Abd Razak
  • Shaliza Dasuki
  • Nor Arseha Karimon

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji akan maksud serta gaya penyampaian dakwah menerusi komik Melayu lama “Awang Bohong”, hasil karya oleh Allahyarham Kartunis Rejabhad. Selain itu juga, pengkaji akan menyusuri akan sejarah permulaan kartun serta komik Melayu di Malaysia yang bertemakan dakwah bermula dari zaman pra kemerdekaan dan pasca kemerdekaan secara ringkas.Pemilihan Allahyarham Kartunis Rejabhad yang juga dikenali dengan gelaran sebagai Penghulu Kartun telah menjadi guru kepada ramai kartunis-kartunis dan pelukis komik ternama di Malaysia. Pendekatan kajian dan penulisan ini adalah memahami apresiasi bentuk dan makna karya dan juga konteks penghasilannya. Menggunakan teori empat tahap Pembingkaian Visual (Visual Framing) oleh Rodriguez & Dimitrova (2011) dijadikan asas didalam pengkajian ini. Merangkumi aspek deskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan digunakan sebagai panduan dalam penelitian karya. Penemuan kajian ini menunjukkan nilai sosial dakwah dan impak budaya masyarakat Melayu menerusi kaca mata Rejabhad.

Downloads

Published

2023-07-31