KETERLIBATAN WANITA MUSLIM DALAM KERJAYA DI SEKTOR TEKNIKAL DI MALAYSIA

Authors

  • Siti Nurlaili Nasuka
  • Ahmad Rosli Mohd Nor
  • Nurliyana Abd Malik

Abstract

Trend penglibatan wanita muslim dalam bidang TVET dilihat semakin meningkat di mana ramai wanita muslim mula menjadikan bidang teknikal sebagai pilihan kerjaya mereka berbanding zaman dahulu. Namun begitu mereka berhadapan dengan cabaran yang lebih besar berbanding lelaki kerana faktor fizikal dan biologi mereka dalam dunia pekerjaan yang lasak ini. Kajian ini akan mengupas tahap penglibatan wanita muslim dalam sektor teknikal dan faktor peramal penglibatan lulusan wanita TVET dalam pekerjaan bidang teknikal. Kajian secara kuantatif ini akan menggunakan kaedah tinjauan menggunakan set soalan soalselidik kepada 140 orang pelajar yang dipilih secara rawak berstrata. Kajian ini mampu mengupas persoalan keterlibatan wanita dalam kerjaya teknikal dan faktor berpengaruh dalam pemilihan kerjaya mereka. Instrumen yang digunakan diambil dari Model Pemilihan Kerjaya ROSS dan mempunyai nilai alpha 0.882. Bilangan sampel kajian dipilih berdasarkan saranan aplikasi G-Power iaitu seramai 140 orang digunakan untuk analisis melibatkan min dan Regressi Berganda (Multiple Regression). Data dikutip dengan menggunakan soal selidik secara manual dan Google Form serta dianalisis menggunakan SPSS 23.0 bagi dapatan kajian. Analisis mendapati seramai 64.3% wanita muslim tidak bekerja mengikut bidang pengajian TVET mereka. Manakala tiga faktor terbukti menjadi faktor peramal yang berpengaruh dalam pemilihan kerjaya TVET oleh wanita muslim iaitu Halangan Kerjaya (r= .483), Perubahan Minat (r= .710) dan Pulangan Gaji (r= .672). Hasil daripada dapatan kajian ini boleh menjadi panduan dalam pihak pengurusan untuk membantu keterlibatan wanita muslim dalam kerjaya di sektor teknikal Malaysia.

Downloads

Published

2023-07-31