LIMITASI MAKNA FĪ SABĪL ALLĀH DALAM PENGAGIHAN ZAKAT BERDASARKAN IJMĀ ‘

Authors

  • Mohd Fazdli bin Rosli
  • Mohammad Faizul bin Abdan
  • Mohd Asyran Safwan bin Kamaruzaman

Abstract

Pengagihan zakat dalam syariat Islam adalah terhad kepada lapan aṣnāf yang telah ditetapkan Allah di dalam al-Quran. Ini adalah termasuk pengagihan kepada fī sabīl Allāh yang dikhususkan untuk mereka yang berperang di jalan Allah dan tidak menerima sebarang gaji atau upah daripada baitulmal. Terdapat ijmā‘ yang dinukilkan oleh Ibn Qudāmah, Ibn Munḍir dan selainnya tentang limitasi tafsiran fī sabīl Allāh hanya kepada yang berperang di jalan Allah dan tidak menerima sebarang gaji atau upah daripada baitulmal. Namun begitu, terdapat sebahagian ilmuwan kontemporari yang meluaskan tafsiran fī sabīl Allāh kepada sebarang bentuk kebajikan di jalan Allah. Kajian ini akan melihat kepada keabsahan pendapat ilmuwan kontemporari ini berdasarkan kepada kaedah Lā Masāgh Li al-Ijtihād fi Mawrid al-Nas. Metod yang digunakan ialah kualitatif dan kajian perpustakaan di mana pengkaji akan melihat ijmā‘ yang telah dinukilkan dan seterusnya membandingkan pendapat ilmuwan kontemporari berdasarkan kaedah Lā Masāgh Li al-Ijtihād fi Mawrid al-Nas. Hasil kajian mendapati bahawa pendapat ilmuwan kontemporari adalah bercanggah dengan ijmā‘ yang jelas tentang limitasi tafsiran fī sabīl Allāh. Justeru satu kaedah alternatif pengagihan zakat adalah diperlukan bagi menyalurkan zakat kepada bentuk-bentuk kebajikan yang lebih umum.

Downloads

Published

2023-07-31