SALAH FAHAM ANTARA PAKAIAN MENUTUP AURAT DAN MEMBALUT AURAT DALAM MASYARAKAT WANITA ISLAM DI MALAYSIA

Authors

  • Norzaleha Zainun
  • Zolina Mohamad
  • Suriati Saidan
  • Shahrizad Fitri Mustapha
  • Kamarulzaman Said

Abstract

Tuntutan berpakaian menutup aurat samada bagi lelaki dan wanita yang telah baligh merupakan satu kewajipan yang telah diketahui umum dan perlu dipatuhi bagi seluruh umat beragama Islam. Kewajipan berpakaian menutup aurat merupakan salah satu tuntutan dalam Syariah Islam yang telah banyak diperjelaskan dalam Al-Quran dan hadis. Tren atau cara berpakaian khususnya bagi golongan wanita muslim di Malaysia masakini amatlah merisaukan kerana dilihat lebih kepada membaluti aurat dari menutupi aurat. Menutup aurat dan membalut aurat merupakan dua situasi yang mempunyai maksud berbeza. Dalam konsep menutup aurat, harus menitikberatkan tentang menutup semua bahagian anggota badan terutamanya di bahagian dada kecuali muka dan pergelangan tapak tangan. Pakaian mestilah tidak terlalu ketat, tidak pendek dan mesti longgar melepasi buku lali. Jika pakaian yang dipakai sangat nipis hendaklah ditutupi dengan potongan pakaian lain dibahagian luar supaya orang lain tidak dapat melihat secara langsung pada anggota badan sipemakai. Berikutan permasalahan yang timbul, penulisan ilmiah ini akan mengupas dengan lebih lanjut bagi maksud dan perbezaan sebenar antara pakaian menutup aurat dan membalut aurat agar dapat dikongsi sebagai wadah ilmu khususnya bagi golongan wanita Islam. Pendekatan kaedah kualitatif digunakan bagi lapangan kajian ilmiah ini. Antara kaedah asas yang digunakan adalah kaedah pemerhatian secara terus melalui data primer dan data sekunder. Melalui dapatan kajian situasi berpakaian membalut aurat ini berlaku akibat pengaruh perkembangan fesyen semasa yang meniru budaya pakaian barat, mahukan fesyen yang ‘up to date’ dan kurangnya ilmu dalam berpakaian menutup aurat berlandaskan syariah.

Downloads

Published

2023-07-31