KACAU GANGGU KEJIRANAN: ANALISA BERDASARKAN HADIS TERPILIH DAN PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Authors

  • Dr. Muhamad Fadlly bin Ismail
  • Azriana binti Ridouan

Abstract

Kehidupan bermasyarakat merupakan amalan yang dituntut oleh semua agama khususnya agama Islam seperti mana yang disebut di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Ini kerana perbuatan memuliakan, berbuat baik dan tidak menyakiti perasaan jiran adalah lambang kesempurnaan iman tidak kira sama ada jiran tersebut seorang Muslim atau bukan. Namun begitu, sedar atau tidak, adakala tindakan salah yang kita atau jiran kita lakukan merupakan penyumbang kepada kesalahan kacau ganggu malah boleh diambil tindakan undang-undang dalam bentuk perundangan. Lebih malang, jika ia menjadi jiran yang tidak disenangi oleh jiran-jiran yang lain disebabkan tindakan atau kata-katanya. Kajian ini bertujuan mengkaji kacau ganggu kejiranan berdasarkan analisis hadis-hadis terpilih dan turut melihat status perundangan di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Data-data dikumpul melalui hadis-hadis terpilih, buku-buku, jurnal, kertas prosiding dan kes-kes Mahkamah. Data-data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan kaedah analisis induktif. Hasil kajian mendapati dalil-dalil hadis yang menyebut tentang amalan berbuat baik sesama jiran mempunyai kaitan dengan sikap dan keimanan seseorang. Kajian ini diharapkan dapat mengenal pasti hak-hak jiran yang disebut di dalam hadis dan merupakan amalan yang perlu diterapkan dalam masyarakat hari ini. Kegagalan berbuat demikian merupakan kacau ganggu dalam konteks perundangan di Malaysia serta boleh diambil tindakan saman ganti rugi di Mahkamah.

Downloads

Published

2023-07-31