PERANAN AL-RIḤLAH AL-ʿILMIYYAH DALAM PENYEBARAN MAZHAB AL-ASHʿARĪ DI DUNIA BARAT ISLAM DARI KURUN KE-6 HINGGA KE-8 HIJRAH

Authors

  • Mohamad Hafizi Rozali
  • Mohammad Fahmi Abdul Hamid
  • Khairul Azhar Meerangani
  • Nurul Ain Kamarudin
  • Ahmad Luqman Zulkefli
  • Ahmad Arif Zulkefli

Abstract

Al-riḥlah al-ʿilmiyyah atau permusafiran menuntut ilmu kadang kala dianggap sebagai satu perkara yang membebankan kerana terpaksa meninggalkan keluarga, menghabiskan masa dan merugikan wang. Namun tiada siapa yang dapat menyangkal fakta bahawa melalui permusafiran inilah berlakunya proses perpindahan maklumat. Dalam tradisi keilmuan Islam, pertemuan di Mekah sewaktu musim haji menjadi titik perkumpulan para sarjana dari Mashriq dan Maghrib yang bermusafir ke sana sekaligus menjadikan ia sebagai pusat penyebaran ilmu terutama dalam rangka penyebaran mazhab al-Ashʿarī walaupun dalam suasana keterbatasan teknologi komunikasi. Kajian ini dilakukan bagi melihat sejauh manakah proses penyebaran ini berlaku khususnya pada kurun ke-6 hingga ke-8 hijrah sekali gus mengkaji pihak-pihak yang terlibat dalam penyebaran mazhab ini di dunia barat Islam. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan analisis data daripada sumber primer yang berkaitan. Kemudian data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pada waktu ini, sarjana yang terlibat dalam proses ini merupakan pakar dan rujukan dalam bidang akidah yang berlegar antara tiga lokaliti yang berbeza iaitu Andalus, Maghrib dan Mashriq. Hasil pertemuan mereka ini, beberapa bentuk interaksi telah berlaku yang boleh disimpulkan kepada beberapa kategori iaitu penyalinan manuskrip-manuskrip kitab, periwayatan sanad hadith, pengijazahan dan munāwalah kitab serta proses pengajaran dan perpindahan ilmu (knowledge transmission). Hasilnya, ilmu yang berasal dari Mashriq sampai ke Maghrib serta Andalus dan begitu juga sebaliknya

Downloads

Published

2023-07-31