PEMBENTUKAN DOMAIN AFEKTI: ANALISA TEKS SYAIR RAJA ALI HAJI BAGI PEMBINAAN ADAB DAN BUDI PEKERTI INSAN

Authors

  • Norafifah Abd. Hamid
  • Norhapizah Mohd Burhan
  • Nur Syazwani Othman
  • Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi
  • Mahfuzah Mohammed Zabidi

Abstract

Matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan insan yang bersepadu dari sudut rohani, intelek, emosi dan jasmani. Kesepaduan ini memerlukan kesepaduan tiga domain pembelajaran iaitu kognitif, afektif dan psikomotor bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Domain afektif menumpukan kepada pembangunan emosi, sikap dan nilai seseorang perlu seiring dengan domain kognitif yang memfokuskan kepada pemikiran dan keupayaan akal. Meskipun kepentingan domain afektif dalam pembentukan adab dan budi pekerti diakui, namun keseriusan untuk melakukan usaha pembentukan afektif kerap kali tidak seimbang berbanding domain kognitif dan psikomotor. Salah satu sebab utama masalah ini ialah kurangnya persepakatan mengenai nilai yang ingin diisi bagi setiap komponen afektif iaitu emosi, motivasi, nilai dan sikap. Menerusi syair nasihat oleh Raja Ali Haji, artikel ini mengkaji pembentukan domain afektif berdasarkan makna tersirat dalam setiap rangkap syair dan menganalisis prinsip utama pembentukan domain afektif tersebut bagi mengukuhkan usaha pembinaan adab dan budi pekerti. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu berasaskan reka bentuk analisis kandungan terhadap syair nasihat yang terkandung dalam teks puisi-puisi Raja Ali Haji yang diselenggarakan oleh Abu Hassan Sham (1993). Pendekatan konseptual yang bersifat deskriptif melalui pengamatan kata fokus digunakan bagi mendapatkan tema utama yang dapat memenuhi objektif kajian. Kajian ini dapat dimanfaatkan dari sudut pengukuhan pemikiran mengenai adab dan hati budi insan yang sepadu dan seimbang serta pemantapan elemen seni dan nilai dalam pembentukan afektif seseorang pelajar.

Downloads

Published

2023-06-30