RUANG LINGKUP PERBAHASAN MENGENAI ERA KEGEMILANGAN KERAJAAN UTHMANIYAH MENURUT MUHAMMAD JAMIL BAYYUHUM MENERUSI KARYANYA FALSAFAH AL-TARIKH AL-‘UTHMANI

Authors

  • Muhammad Alif Fitri Abdul Halim
  • Ermy Azziaty Rozali

Abstract

Boleh dikatakan bahawa kebanyakan sejarawan yang menulis tentang sejarah kerajaan Uthmaniyah meletakkan era pemerintahan Sultan Süleyman I sebagai era kegemilangan kerajaan ini yang mana wilayah pemerintahan beliau meliputi tiga benua; Asia, Eropah dan Afrika. Walau bagaimanapun, tidak sedikit juga sejarawan yang menyatakan bahawa pemergian pemimpin hebat ini pada 6 September 1566 ditanda sebagai bermulanya era kemerosotan kerajaan Uthmaniyah sehingga akhirnya kerajaan ini tidak lagi digeruni oleh musuh-musuhnya. Maka, objektif penulisan ini dihasilkan adalah untuk mempersembahkan suatu analisis yang telah dilakukan oleh Muhammad Jamil Bayyuhum, seorang sejarawan Lubnan abad ke-20 melalui karyanya Falsafah al-Tarikh al-‘Uthmani berkenaan ruang lingkup perbahasan mengenai era kegemilangan kerajaan Uthmaniyah yang berbeza daripada para sejarawan Uthmaniyah lain. Dari segi metodologi, kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian sejarah dan analisis dokumen sebagai teras utamanya. Data-data yang dikaji itu adalah bersumberkan rujukan utama kajian ini iaitu karya Falsafah al-Tarikh al-‘Uthmani yang ditulis pada awal abad ke-20M dan juga disokong oleh karya-karya sejarah Uthmaniyah turath dan kontemporari. Hasil kajian mendapati bahawa Muhammad Jamil Bayyuhum telah meletakkan satu garis dasar dalam perbahasan mengenai era kegemilangan kerajaan Uthmaniyah yang berteraskan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama; era sebelum pemerintahan Sultan Süleyman I, kedua; era semasa pemerintahan Sultan Süleyman I dan ketiga; era pasca pemerintahan Sultan Süleyman I. Ketika-tiga peringkat ini telah dijadikan oleh Muhammad Jamil Bayyuhum sebagai ruang lingkup perbahasan sekiranya ingin membahaskan soal kegemilangan kerajaan Islam Turki ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-06-30

How to Cite

Muhammad Alif Fitri Abdul Halim, & Ermy Azziaty Rozali. (2023). RUANG LINGKUP PERBAHASAN MENGENAI ERA KEGEMILANGAN KERAJAAN UTHMANIYAH MENURUT MUHAMMAD JAMIL BAYYUHUM MENERUSI KARYANYA FALSAFAH AL-TARIKH AL-‘UTHMANI. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8(53). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1629