PENGAMBILKIRAAN ELEMEN KEARIFAN TEMPATAN DALAM GAGASAN FIQH SABAHI: SATU LONTARAN IDEA

Authors

  • Syamsul Azizul Marinsah
  • Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin
  • Abang Mohd Razif Abang Muis
  • Mohd Zulfiqar Jamudin

Abstract

Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan tersendiri hasil interaksi dengan pelbagai tamadun dan agama, yang besinergi dengan berbagai unsur sinkretisme. Hasil daripada campur tangan golongan cerdik pandai tempatan yang mengadunkan antara budaya tradisi dan syariat Islam, telah mencetuskan berbagai corak keilmuan dan kearifan tempatan. Dalam disiplin ilmu Syariah, kearifan tempatan mempunyai signifikan yang tersendiri dalam proses pembinaan hukum Islam. Pengambilkiraan kearifan tempatan ini sangat penting kerana ia mampu mempengaruhi pembinaan hukum Islam berlatarkan realiti masyarakat setempat. Objektif kajian ini cuba meneliti kearifan tempatan masyarakat Sabah dalam pembentukan gagasan Fiqh Sabahi. Idea menonjolkan kearifan tempatan dalam pembentukan gagasan Fiqh Sabahi sangat penting untuk memastikan keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam hukum fiqh semasa dengan realiti perlaksanaannya dalam masyarakat. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, kajian berbentuk kualitatif dilaksanakan dengan mengaplikasikan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Hasil kajian mendapati, berlaku transformasi hukum, penentuan hukum baharu dan inovasi hukum ekoran perubahan sosial yang berlaku khususnya yang berkait rapat dengan kearifan tempatan. Berdasarkan dapatan tersebut, idea mengambilkira elemen kearifan tempatan dalam gagasan Fiqh Sabahi perlu dibangunkan sebagai panduan kepada masyarakat Muslim di Sabah agar Fiqh Sabahi yang dibangunkan sejajar dengan tuntutan fiqh semasa. Hasil kajian ini juga boleh disumbangkan dalam merangka dasar keharmonian hubungan antara agama di Sabah selaras dengan konsep Ummah Madani. Justeru itu, kajian ini penting kerana ia boleh digunapakai sebagai satu pendekatan menangani isu fiqh semasa dalam konteks Sabah demi melestarikan masyarakat plural yang harmoni di Malaysia amnya, Sabah khususnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-06-30

How to Cite

Syamsul Azizul Marinsah, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Abang Mohd Razif Abang Muis, & Mohd Zulfiqar Jamudin. (2023). PENGAMBILKIRAAN ELEMEN KEARIFAN TEMPATAN DALAM GAGASAN FIQH SABAHI: SATU LONTARAN IDEA. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8(53). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1621