PEMBANGUNAN MODEL PENGURUSAN KESEIMBANGAN KERJA KEHIDUPAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA: SATU ANALISIS KEPERLUAN

Authors

  • Mohd Azizul Adni
  • Zuraidah Abdullah
  • Ramlan Mustapha

Abstract

Pengurusan keseimbangan kerja kehidupan merupakan cabaran utama untuk setiap majikan mahupun pekerja dalam merealisasikan persekitaran kerja berkualiti dan mampan. Melalui model pengurusan keseimbangan kerja kehidupan yang tersusun, pakar pendidikan cuba mengambil inisiatif untuk mengaplikasikan model tersebut dalam pengurusan kerjaya dan kehidupan guru sekolah menengah. Para guru masa kini amat terdedah kepada persekitaran kerja dan kehidupan yang tidak seimbang. Oleh yang demikian, pendekatan model pengurusan keseimbangan kerja kehidupan harus dibangunkan seiring dengan perubahan kerjaya dan kehidupan semasa para guru. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti keperluan mereka bentuk model pengurusan kerja kehidupan untuk guru sekolah menengah di Malaysia. Sampel dalam kajian ini ialah seramai 379 orang guru sekolah menengah dan 4 orang pakar dari CUEPACS, pengetua sekolah, guru cemerlang dan guru senior. Data dianalisis secara analisis deskriptif menggunakan program SPSS v29. Hasil analisis data menunjukkan terdapat keperluan untuk membina model pengurusan keseimbangan kerja kehidupan bagi guru sekolah menengah di Malaysia. Penemuan kajian ini menyediakan bukti yang berguna tentang potensi membangunkan model pengurusan keseimbangan kerja kehidupan bagi guru sekolah menengah di Malaysia.

Downloads

Published

2023-06-30