ULUL ALBAB MENGIKUT TAFSIRAN KITAB AL-AZHAR TULISAN HAMKA

Authors

  • Azmani Razak
  • Syaimak Ismail
  • Mahfuzah Zabidi

Abstract

Ulul Albab merupakan satu generasi berakhlak dan memiliki kualiti yang baik menurut al-Qur’an. Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri positif seperti kumpulan Ulul Albab merupakan suatu matlamat yang ingin dicapai dalam sebuah kelompok masyarakat Islam. Keberadaan Ulul Albab dalam institusi masyarakat kontemporari dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pembangunan sosial dalam kalangan generasi awalan serta memandu masyarakat ke arah pemilikan pemikiran yang kritis, berakhlak dan beriman. Terdapat 16 ayat di dalam al-Qur’an yang menyebut tentang kisah berkaitan generasi Ulul Albab daripada sudut latarbelakang sejarah dan akhlak serta keimanan yang dimiliki kumpulan ini. Oleh yang demikian, di dalam usaha membangunkan generasi Ulul Albab era kini, penyelidikan ini adalah bersandarkan kepada pentafsiran HAMKA di dalam kitab tafsir al-Azhar berkaitan pencirian Ulul Albab menurut tafsiran HAMKA. Matlamat di dalam penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti 16 ayat yang menyebut tentang ciri-ciri Ulul Albab. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan berteraskan kepada kajian perpustakaan dan analisis dokumen iaitu kitab tafsir al-Azhar karangan HAMKA. Hasil kajian mendapati, tafsiran HAMKA berkenaan Ulul Albab meliputi skop untuk melahirkan Ulul Albab yang beriman dan berakhlak mulia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-06-30

How to Cite

Azmani Razak, Syaimak Ismail, & Mahfuzah Zabidi. (2023). ULUL ALBAB MENGIKUT TAFSIRAN KITAB AL-AZHAR TULISAN HAMKA. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8(53). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1614