ANALISIS LITERATUR SISTEMATIK (SLR) TERHADAP PERANAN HEBAHAN MEDIA MEMPENGARUHI KAKITANGAN AWAM UNTUK MEMBAYAR ZAKAT PENDAPATAN DI MALAYSIA
Abstract
Zakat pendapatan telah difatwakan wajib di Malaysia sejak tahun 1986. Kewajipan menunaikan zakat pendapatan diterima pakai oleh umat Islam di Malaysia dengan pembuktian peningkatan bilangan pembayar zakat pendapatan setiap tahun. Kajian kesusasteraan yang luas telah melaporan bahawa hebahan media mempengaruhi kepatuhan pembaran zakat pendapatan dalam kalangan kakitangan awam di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, mengkaji dan mensentisis peranan hebahan media mempengaruhi kepatuhan kakitangan awam untuk membayar zakat pendapatan. Kajian ini dijalankan secara Tinjauan Literatur Sistematik (SLR) yang berkaitan dengan pengaruh hebahan media terhadap artikel-artikel yang terdapat di pengkalan Google Scholar, Akademia, Simantik Scholar dan Scopus. Pendekatan SLR ini akan mengunapakai model Meta Analisis (PRISMA). Model tersebut mencadangkan aliran maklumat dalam empat fasa iaitu, pengenalan, saringan, kelayakan dan kemasukan. Hasil kajian mendapati bahawa hebahan media mempengaruhi pembayar zakat pendapatan di Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Kajian ini menyumbang kepada literatur dengan menyatukan kajian lepas berkaitan impak peranan media mempengaruhi kakitangan awam membayar zakat pendapatan sekaligus berupaya menawarkan beberapa implikasi kepada institusi zakat bagi melaksanakan strategi sewajarnya untuk meningkatkan kutipan zakat pendapatan di Malaysia.