TATACARA PERKAHWINAN DI NEGERI PERLIS: KEUNIKAN BERBANDING NEGERI NEGERI LAIN
Abstract
Tatacara perkahwinan dalam Islam selain perlu mengikut syarak ia juga perlu mematuhi enakmen undang undang Islam negeri daripada sudut tatacara dan perlaksanaannya. Negeri Perlis dilihat unik kerana ada beberapa keunikannya berbanding negeri-negeri lain daripada aspek mahar, lafaz taklik dan syarat poligami. Terdapat kekeliruan mengatakan amat mudah bagi pasangan luar dari Perlis untuk melangsungkan perkahwinan mereka di negeri itu berbanding negeri lain. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam Sinar Harian juga menegaskan tidak ada ‘scam poligami’ dan tidak ada jalan pintas untuk berpoligami di Perlis seperti yang didakwa oleh segelintir pihak. Kajian ini akan meninjau enakmen undang-undang perkahwinan Negeri Perlis dan kajian lalu mengenai isu-isu yang berkaitan. Penelitian ini adalah mengambil kira aspek perbezaan tatacara perlaksanaan dalam aspek-aspek yang telah disebut di atas. Sumber data sekunder bagi kajian ini dikumpul bersandarkan reka bentuk kajian kualitatif dan analisis kandungan terutama kajian-kajian yang berkaitan dan enakmen undang-undang keluarga Islam negeri sebagai sebagai instrumen kajian utama. Metod penelitian adalah penelitian deskriptif. Hasilnya pengkaji akan menjelaskan apakah kekeliruan dan senaraikan keunikan tatacara perkahwinan di negeri Perlis berbanding negeri-negeri lain.