PEMELIHARAAN MARUAH MELALUI DISIPLIN ILMU AL-MUNĀSABĀT DI DALAM SURAH AL-NŪR
Abstract
Peradaban bangsa yang cemerlang antaranya ialah tinggi dan terpelihara maruah bangsanya. Manakala pemeliharaan maruah ialah antara perkara yang amat dituntut dalam Islam. Namun begitu maruah kini dianggap sesuatu yang tiada nilainya berdasarkan situasi semasa yang berlaku di dalam masyarakat seperti pergaulan tanpa batas, perzinaan, sumbang mahram dan sebagainya. Justeru kajian ringkas ini dilakukan bagi melihat beberapa bentuk pemeliharaan maruah yang telah tersedia di dalam al-Quran dengan memfokuskan surah al-Nur, seterusnya ayat ditadabbur dengan mengaplikasi disiplin Ilmu al-Munāsabāt iaitu dengan melihat rahsia di sebalik susunan ayat-ayat berkaitan di dalam surah. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Kitab-kitab tafsir muktabar dan kitab-kitab di dalam disiplin Ilmu al-Munāsabāt dirujuk bagi mencapai maksud dan kehendak ayat yang dibahaskan. Melalui analisis yang dilakukan, empat pendekatan dalam pemeliharaan maruah telah dikenal pasti begitu juga dengan hubungan yang wujud di sebalik susunan ayat-ayat berkaitan pemeliharaan maruah yang dibahaskan di dalam surah al-Nur. Pendekatan yang di bawa di dalam al-Quran ini sewajarnya menjadi rujukan dan diaplikasikan dalam kehidupan umat Islam pada hari ini, bagi membendung kemelut sosial yang berlaku di dalam masyarakat Islam seterusnya memastikan kelestarian peradaban generasi kini dan akan datang terpelihara.