KESAN PENGARUH ISLAM DI ASIA TENGGARA: SATU KAJIAN DI KAMPUNG LAUT, TUMPAT, KELANTAN

Authors

  • Mohd Khairul Nizam Bin Mat Yusoff
  • Afifah Binti Azmi

Abstract

Kampung Laut merupakan sebuah perkampungan Melayu tradisional yang terletak di sebelah barat Sungai Kelantan. Kampung ini juga dikenali sebagai Kampung Warisan. Ia terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Kampung Laut I (sebelah hulu), Kampung Laut II (tengah) dan Kampung Laut III (sebelah hilir). Kampung ini merupakan lokasi strategik tempat persinggahan para pedagang dari pelbagai pelusuk dunia sekitar abad ke-16. Ramai para pendakwah berdagang di situ sambil berpeluang untuk menyebarkan agama Islam. Sehubungan dengan itu, penyebaran Islam di kawasan tersebut meninggalkan impak yang sangat luas dari aspek keagamaan, kesenian dan ekonomi. Kajian ini mengkaji tentang kesan pengaruh Islam di Kampung Laut yang menjadi suatu perkembangan pesat hingga ke hari ini. Metodologi kajian ini ialah bersifat kualitatif dengan bersumberkan buku-buku dan kajian lepas, pemerhatian serta temu bual berkaitan dengan isu kajian. Hasil kajian mendapati bahawa banyak kesan perkembangan dan pengaruh Islam di Kampung Laut untuk diketengahkan, antaranya Masjid Kampung Laut merupakan masjid yang tertua di Asia Tenggara. Selain itu, dari aspek kesenian adanya Dikir Rebana Kercing, iaitu persembahan dikir yang melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa. Perkembangan dari aspek ekonomi pula melibatkan perniagaan dan perusahaan kecil yang terkemuka seperti serunding. Kesan pengaruh Islam khususnya di Kampung Laut memberi manfaat dan keistimewaan kepada masyarakat setempat. Dengan adanya kajian seperti ini, diharapkan maklumat dan informasi tentang kesan pengaruh Islam di Kampung Laut dapat diperluaskan pada masa hadapan.

Downloads

Published

2023-06-30