DAKWAH BI AL-NAFS: PEMANGKIN PENULARAN VIRUS MAZMUMAH DALAM KEPIMPINAN KENDIRI

Authors

  • Irma Wani Othman
  • Ros Aiza Mohd Mokhtar
  • Sabariah Abd Rahim
  • Mohd Syafiq Zaini
  • Saifulazry Mokhtar
  • Kasoma Thia

Abstract

Proses kelahiran manusia ke muka bumi ini adalah melalui satu proses yang sangat sempurna berbanding dengan makhluk lain. Walaupun terjadinya manusia itu dengan proses yang sempurna, namun tidak semua manusia dapat mempamerkan akhlak dan tingkah laku yang sempurna. Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan kerana secara realitinya seruan nafsu manusia sering terarah untuk melakukan kejahatan jika ia tidak dibaja dan disirami dengan iman yang sempurna. Dewasa ini, terdapat pelbagai bentuk jenayah dan maksiat telah dilakukan oleh manusia dengan sewenang-wenangnya tanpa ada rasa segan silu. Ada kalanya perbuatan maksiat tersebut dilakukan secara tertutup dan lebih tragis lagi ada dalam kalangan manusia yang melakukannya secara terbuka. Manusia perlu bijak untuk menghakis tuntutan nafsu yang mengarah kepada virus mazmumah. Oleh itu, kita seharusnya mengetahui tatacara dacwah bi al-Nafs dalam memastikan hati kita tidak terarah kepada perbuatan yang dimurkai Allah SWT. Kajian ini menggunakan metodologi analisis dokumen iaitu melihat tuntutan dacwah bi al-Nafs yang termaktub dalam ayat-ayat al-Quran. Kajian ini bertujuan untuk melihat keutamaan dacwah bi al-Nafs sebagai pemangkin penularan virus mazmumah dalam kepimpinan diri seseorang. Hasil kajian ini mendapati dua aspek utama yang dijadikan sebagai indikator dalam pemangkin virus mazmumah dalam diri adalah ibadah umum dan ibadah khusus. Kedua-dua bentuk ibadah ini perlulah dilakukan dengan ikhlas serta niat kerana Allah SWT dan bukan semata-mata untuk mendapat pujian dari makhluk. Bagi mewujudkan sebuah masyarakat madani yang berteraskan nilai-nilai murni, kita seharusnya mengaplikasikan dacwah bi al-Nafs dalam kehidupan agar virus mazmumah tidak mudah menghampiri hati setiap anak-anak Adam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-06-30

How to Cite

Irma Wani Othman, Ros Aiza Mohd Mokhtar, Sabariah Abd Rahim, Mohd Syafiq Zaini, Saifulazry Mokhtar, & Kasoma Thia. (2023). DAKWAH BI AL-NAFS: PEMANGKIN PENULARAN VIRUS MAZMUMAH DALAM KEPIMPINAN KENDIRI. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8(53). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1603