SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM PEMETAAN PERUBAHAN GUNA TANAH: SATU KAJIAN LITERATUR

Authors

  • Mohamad Zaki Mohammad Azam
  • Oliver Valentine Eboy

Abstract

Perubahan guna tanah dan litupan tanah merupakan salah satu bentuk proses perubahan alam sekitar fizikal yang memberi impak besar kepada kehilangan biodiversiti serta kesan kepada kehidupan manusia. Perubahan guna tanah di sesebuah kawasan memberikan impak kepada perubahan semula jadi seperti perubahan permukaan bumi yang memperlihatkan interaksi hubung kait antara aktiviti manusia dan alam semula jadi. Penggunaan dan pengubahsuian tanah oleh aktiviti manusia menyebabkan berlakunya proses penyahutanan, penerokaan tanah, pertanian dan aktiviti pembinaan pembangunan menyebabkan kehilangan biodiversiti dan kelestarian alam sekitar. Oleh itu, kajian literatur ini memberikan tumpuan kepada penggunaan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) sebagai alat untuk melihat perubahan guna tanah di sesebuah kawasan kajian. Dalam era globalisasi ini, Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang merupakan alat bantuan kajian untuk mendapatkan data dan maklumat yang tepat berkaitan kajian taburan guna tanah dan litupan bumi. Aplikasi GIS merupakan alat bantuan yang fleksibel yang membantu mengumpul, menyimpan, memaparkan dan menganalisis data guna tanah untuk mengesan perubahan guna tanah dalam bentuk data reruang. Analisis-analisis GIS guna tanah yang digunakan seperti Supervised Classification, Unsupervised Classification, Overlay dan Hotspot. Kaedah analisis GIS ini menerangkan dan menjelaskan perubahan guna tanah yang akan dipaparkan dalam bentuk rajah dan peta. Akhir sekali, kajian literatur ini mencadangkan kepada agensi kerajaan dalam memanfaatkan sumber tanah sedia ada ke arah pembangunan guna tanah yang lebih sistematik dan lestari.

Downloads

Published

2023-06-30